Cinta.. ishk3..

Cukupkah hanya dengan cinta untuk mengekalkan satu perhubungan?jika kita kata cukup.. kenapa pasangan yang bercinta pun mengalami perpisahan? Pertengkaran? Kenapa cinta yang begitu diagung2kan yang disanjung pun boleh menyebabkan keretakan hubungan? Manusia mengajar cinta seolah mengejar bayang2.. Rasa cinta saja sebenarnya masih belum cukup untuk mengekalkan satu perhubungan, yang lebih penting adalah bagaimana untuk memelihara cinta itu agar sentiasa kekal. Cinta bukan sekadar untuk disanjung dan dipuja, tetapi juga untuk dijaga agar tetap kekal mekar walaupun ujian menimpa.Itulah kunci kepada kerukunan dan keharmonian dalam kehidupan di dunia ini. Cinta yang kekal.. Bagaimana untuk mengekalkan cinta?caranya ialah kita mesti mencintai diri kita sendiri terlebih dahulu dan mencintai yang maha Kekal. Siapa kah yang maha kekal? Allah swt lah yg maha kekal dan tidak ada yang maha kekal selainnya. Kita perlu cintakan ALLAH kerana hanya pada Nya lah saja kita sandarkan cinta kita yang sebenar.sejati.Itulah? teorinya, tetapi bagaimana praktiknya? apakah semudah itu melaksanakannya? Kenapa ada pasangan katanya telah meletakkan asas cinta kepada Allah tetapi masih mengalami keretakan rumahtangga , bercerai akhirnya berpisah..Acapkali juga kita menyaksikan mereka membina rumahtangga menurut islam, tetapi akhirnya kecundang. Kenapa? Cinta yang sejati .. Jawapannya, pasti cinta mereka pudar setelah cinta mereka kepada allah telah pudar terlebih dahulu. Cinta mereka kepada allah telah retak terlebih dahulu dan itu membawa kepada keretakan dalam perhubungan mereka.Cinta kepada Allah itu sangat penting, perlu disuburkan secara berterusan. Bukan masalah gagal bercinta tetapi gagal mengenal cinta.. Manusia tidak akan dapat melarikan diri dari hakikat sebenar mencintai dan dicintai, begitu juga mereka tidak akan berhasil melarikan diri dari kekecewaan dan putus cinta. Cinta adalah satu perasaan yang dating dari lubuk hati sama ada berlandaskan hawa nafsu atau dari Allah .Ramai orang masuk syurga kerana cintanya, dan ramai juga yang dihumbankan ke neraka gara2 cinta.Soalnya, cinta bagaimana yang boleh mengajak ke syurga dan cinta yang mengundang ke neraka…. Seperti yang telah disebutkan, datangnya cinta itu dari dua sumber .. pertama dari hawa nafsu dan yang kedua datangnya dari ALLAH. Cinta yang diilhamkan dari hawa nafsu terjadi bila hati kotor, sering melakukan dosa dan tidak mahu bertaubat. Cinta nafsu walaupun tidak kurang hebatnya, tapi cinta sebegini tidak berkekalan. Dan hanya akan menyusahkan manusia lebih2 di dunia, apatah lagi di akhirat. Apa yang datangnya dari nafsu tidak akan lari dari fitrah nya yang sentiasa mengajak kepada kejahatan “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mengajak kepada kejahatan” (Yusuf 12 : 53) Malangnya cinta inilah yang sering di gembar-gemburkan, diagung2kan dalam kehidupan sekarang. Cinta seumpama ini adalah cinta murahan, yang hanya melihat kepada daging, urat, dan kulit.bukan membawa kepada hati yang suci dan murni. Cinta murah bersifat sementara, sedangkan cinta yang mahal adala h yang bersifat kekal. Reput dan hancur :: Daging, urat dan kulit…akan reput, akan hancur bersama luruhnya cinta yang bersandar padanya.menurut imam Ghazali, ini bukan cinta bertaraf tinggi kerana haiwan pun boleh menikmati cinta sebegini. Jika cinta sekadar dapat dicapai dengan pancaindra yang lima-maka itu belum lagi cinta yang hakiki. Hanya cinta yang dapat dirasai dengan deria keenam (hati), barulah dikatakan ia cinya yang sejati, yang hakiki. Cinta itulah yang dialirkan oleh ALLAH ke dalam hati. Ia muncul dari dalam keluar, bukan dari luar ke dalam.Bukan dari mata turun ke hati, tetapi dari hati turun ke mata.Itu barulah cinta yang benar2 suci lagi terpelihara. Cinta bukan diukur sekadar mengikut mata kepala, tapi menurut matahati.Cinta sebenarnya diberi sebagai bekal untuk mendapat kecintaan allah. Salahkah bercinta??? Cinta yang dicari adalah baik., tetapi cinta yang didapati tanpa dicari adalah lebih baik..!! Cinta dan remaja .. tidak dapat dielakkan lagi ! sudah jatuh cinta ………. Inilah remaja zaman sekarang , mengagung2kan cinta mereka dan memberi kepad akekasih yang boleh merobek2kan cinta mereka suatu hari nanti..Bila kita menyebut soal cinta akan terkenanglah tokoh cinta agung ROMEO dan JULIET !! yg kononnya sanggup membunuh diri kerana cinta ! UDA dan DARA yang bersanding di pusara atau Qaisy yang sanggup menjadi majnun(gila) Kerana terpisah dengan laila, CLEOPATRA yang sanggup membunuh diri kerana MARK Anthony.Kerana inilah ramai yang meninggalkan ibu ayah kerana cinta, mengikut kekasih hati! Kata Pantun : Nasi lemak buah bidara, Sayang selasih hamba lurutkan, Buang emak buang saudara, kerana kasih hamba turutkan. Rasa cinta yang meluap2 kepada kekasih merendahkan martabat manusia di mata ALLAH, seolah2nya mereka tidak boleh hidup tanpa pasangan yang mereka gila2kan tu. Umpama manusia yang tak boleh hidup tanpa mentari…….agaknya macam tu lah. Cinta mereka nobatkan sebagai tuhan. Rasa cinta yang bertandang dalam jiwa adalah perasaan semata2..terlalu menurut hati tanpa berteras akal yang waras (mabuk cinta la…). Bijak pandai pernah mengatakan bahawa : Jangan dibawa berbincang tiga golongan orang ; pertama yang lapar, kedua yang sedang sakit, yang ketiga, orang yang sedang mabuk cinta. Kenapa? Orang yang lapar hanya memikirkan perutnya, Orang yang sakit memikirkan derita yang ditanggungnya, dan orang yang mabuk cinta hanya memikirkan yang dicintainya.Huh.. bahayanya hidup ini kalau kita tidak pandai menguruskan hal2 remeh sebegini pun.(CINTA). Memang kita tidak dapat nafikan dan tidak akan kita dapat lari dari kenyataan bahawa lelaki memerlukan wanita dan wanita memerlukan lelaki. Seperti mana adam dan hawa, … tetapi jalannya haruslah berlandaskan jalan yang betul jangan sampai tersilap langkah. tiada kuasa kita menolaknya walau membuang ke lautan dalam sekalipun rasa cinta tetap akan singgah dalam hati setiap insan bergelar manusia.Tambahan lagi jika cinta tersebut disuburkan maka, tidur jadi tak lena , makan jadi tak kenyang, mandi jadi tak basah, belajar jadinya malassss……….. Anda pasti pernah ternampak sepasang kekasih dalam bas atau dalam komuter, Semua orang ‘malu’ melihat gelagat mereka yang keterlaluan, malangnya mereka nda sedar diri… Remaja…. Tak salah bercinta, ianya adalah fitrah sejak azali lagi setiap orang ada jodohnya ditentukan Pencipta.. Setiap orang ada naluri (instinct) untuk mencinta dan dicintai..Ini adalah anugerah terbesar allah kepada hambanya kerana nabi adam sendiri pernah merasa kesunyian dan dikurniakan hawa sebagai peneman dikala sunyi. Namun allah tidak memberikan rasa cinta begitu saja secara polos, semua yang diciptakan-Nya ada peraturannya, Sesungguhnya pengetahuan allah maha luas berbanding pengetahuan kita ni makhluk nya yang sekecil2 ciptaan, tetapi di jadikan khalifah di muka bumi. Cinta tidak dilarang, tetapi yang menyebabkan ia terlarang adalah kesalahan cara bercinta tu.., disinilah bermulanya perlanggaran peraturan cinta dari fitrah kepada fitnah! Bila kehendak tabi’e tidak disalurkan mengikut peraturan Allah, maka akan terjadilah kekalutan dan pencemaran cinta. Seteguk kita minum dari kendi cinta terlarang, racunnya akan meresap membunuh akal, jiwa dan perasaan. *Ukuran Benci dan Cinta* Cintailah sesuatu itu sekadar saja, kerana boleh jadi cinta itu akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, kerana boleh jadi apa yang kamu benci itu akan menjadi kecintaan kamu suatu ketika. Jangan bermain api nanti terbakar diri, jangan bermain cinta, nanti badan merana..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


%d bloggers like this: